IPOH: Ipoh bakal membangunkan aplikasi penstriman digital televisyen (TV) yang menayangkan pelbagai filem dan bahagian, sebagaimana konsep Netflix.
Datuk Bandar, Datuk Rumaizi Baharin berkata, idea itu kelak akan direalisasikan menerusi kerjasama Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dan syarikat di bawah naungan pengarah filem terkenal, Datuk Afdlin Shauki.
Jelasnya, kemungkinan besar cadangan dan konsep itu akan dilaksanakan bermula tahun ini.
"Kita hendak gerakkan industri kreatif ini di Ipoh ia merupakan sumber pendapatan ekonomi baharu, pada pandangan saya, saya mahu buat seperti Netflix.
"Bentuk digital TV kerana ini adalah masa depan untuk industri, kita bekerjasama dengan syarikat Afdlin Shauki.
"Ipoh sebelum ini diiktiraf sebagai Bandaraya Kreatif Muzik UNESCO (UCCN), ada tujuh bahagian dalam aplikasi itu nanti termasuk bahagian untuk jualan barang," katanya.
Beliau berkata kepada demikian kepada pemberita ketika mengulas intipati kunjung hormat dan perbincangan industri digital oleh Afdlin di MBI baru-baru ini.
Tambahnya, menggunakan pendekatan sama dengan khidmat penstriman lain, ia bakal dikenakan bayaran berdasarkan jenis filem yang ditonton.
"Kalau kita ambil contoh Astro, kena bayar bulanan. Tetapi konsep yang kita mahu ketengahkan sebagai contoh anda bayar RM1 untuk satu filem.
"Apa pun konsepnya masih dalam perbincangan, termasuk filem yang akan diketengahkan.
"Kita mulakan dulu, saya selalu bayangkan Ipoh mungkin akan jadi seperti Bollywood, kalau lihat industri kreatif di sana memang besar," katanya lagi.
Sebelum ini, Afdlin yang juga merangkap Pengerusi Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) mengadakan perbincangan dengan Rumaizi mengenai industri digital dan penyiaran sempena pengiktirafan Ipoh sebagai sebagai Rangkaian Bandar Kreatif UNESCO bagi kategori muzik.
Aida Aziz
Fri Apr 26 2024
Rumaizi (kanan) menerima kunjungan Afdlin di pejabat Majlis Bandaraya Ipoh, baru-baru ini. - Gambar Astro AWANI
Serpihan komet melalui langit Portugal, Sepanyol
Fenomena astronomi berkenaan dapat dilihat dengan jelas di pelbagai bahagian di Sepanyol dan Portugal.
500,000 kanak-kanak di Gaza alami trauma perang - UNRWA
Lazzarini turut mendakwa tentera Israel bertindak menceroboh premis PBB dan mengganggu kakitangan UNRWA.
Tok Mat doa operasi SAR Presiden Iran berjalan lancar
Mohamad Hasan mendoakan kelicinan operasi mencari dan menyelamat nahas helikopter yang melibatkan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luar Iran.
Raja Salman jalani rawatan radang paru-paru
Raja Salman yang berusia 88 tahun itu akan dirawat dengan antibiotik sehingga keadaan radangnya pulih.
Chelsea layak beraksi di Eropah musim hadapan
Caicedo meletakkan mereka di landasan untuk tiga mata pada separuh masa pertama dengan penyudah jarak jauh yang menakjubkan.
Hampir setiap hari ada yang sesat, mujur ada Pasukan Peronda TH
Inspektor Mohamed Amer memaklumkan kes jemaah haji tersesat atau tersasar berlaku hampir setiap hari terutama dalam kalangan yang baru tiba.
Berakhirnya era Jurgen Klopp dengan kemenangan Liverpool
Jurgen Klopp menamatkan pimpinannya yang menakjubkan di Liverpool dengan kemenangan 2-0 ke atas Wolves yang beraksi 10 pemain di Anfield.
Manchester United akhiri musim dengan pencapaian terburuk
14 kekalahan liga mereka dalam satu musim adalah yang tertinggi sejak mencatatkan 16 kekalahan semasa kempen 1989-90 di bawah Sir Alex Ferguson.
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
Bangun aplikasi penstriman digital TV di Ipoh seperti Netflix - Datuk Bandar
Idea itu kelak akan direalisasikan menerusi kerjasama MBI dan syarikat di bawah naungan Afdlin Shauki.
Afdlin Shauki dilantik Pengerusi baharu FDAM
Afdlin berikrar untuk menaikkan kembali imej FDAM yang tercalar sebelum ini.
Belanjawan 2024: Afdlin Shauki harap infrastruktur industri seni ditambah baik
Afdlin Shauki Aksan berharap kerajaan dapat memberi tumpuan kepada infrastruktur bagi industri seni menjelang pembentangan Belanjawan 2024 pada Jumaat.
'Saya lebih tenang, makan terjaga selepas kahwin' - Afdlin Shauki berhasrat timang zuriat
Menurut Afdlin, dia enggan meletakkan harapan terlalu tinggi mengenai hal zuriat kerana kerana sedar dirinya juga sudah berusia.
"Bahagia, rasa tenang" - Afdlin Shauki sahkan sudah berkahwin
Pelakon dan penerbit, Datuk Afdlin Shauki mengesahkan dirinya kini sudah berkahwin dengan suri hati pilihannya tahun ini.
Sofyank peluk anak Afdlin Shauki?- Netizen terkejut tengok foto Mia Sara
Perkongsian foto anak pelakon terkenal Datuk Afdlin Shauki iaitu Mia Sara dengan teman lelakinya menerusi TikTok baru-baru ini menarik perhatian netizen di laman sosial.
Afdlin Shauki dilantik Ahli Lembaga Penasihat DBKL
Pelantikan itu juga memperlihatkan pemilik nama penuh Afdlin Shauki Aksan menjadi artis pertama yang memegang jawatan tersebut.
'Insya-Allah dalam 1 Ogos nanti saya akan...' - Afdlin Shauki jawab dakwaan sudah berkahwin
Afdlin berkata dia masih menghormati bekas isterinya iaitu Christina Orow Abdullah biarpun wanita tersebut sudah mengetahui segalanya.
Afdlin Shauki yakin Anwar Ibrahim mampu pulih ekonomi negara
Ujar Afdlin, tidak ada individu seperti Anwar dan disebabkan hal itu, rasa kagum terhadap beliau tidak pernah meluntur.
"Menitik air mata saya ketika itu" - Afdlin Shauki dedah sebab bercerai
Afdlin mendedahkan yang hubungannya bersama bekas isteri, Datin Maria Christina Orow Abdullah masih dalam keadaan baik.